Sejarah Pengasas Perubatan Homeopathy
Dr.Samuel Hahnemann ( 1755 – 1843 )
Nama penuh pengasas perubatan Homeopathy ialah Cristian Hedrich Samuel
Hahnemann, diperanakkan di Missen Saxony, Germany pada 10 April, 1755 dan meninggal
di Paris pada 2 Julai 1843. Hahnemann mempunyai peribadi yang luar biasa, tinggi pengetahuan dan luas pengalamannya. Masa
berumur 22 tahun ia telah mahir dalam bahasa Greek, Latin, Inggeris, Hebrew, Seriani, Arab, Danish dan German, iaitu bahasa
ibundanya.
Khabarnya bila ia hendak mengetahui satu-satu bahasa
itu ia terus sahaja mempelajarinya dengan teratur dan bersungguh-sungguh, lalu ia mendapatinya. Ia adalah seorang doktor yang
mahsyur pada zamannya, serta pula lurus dan jujur hingga ada orang yang berubat dengannya diberinya nasihat-nasihat sahaja
tanpa dikenakan bayaran. Kerana tinggi ilmunya di dalam perubatan pada zaman itu, serta pula kejujuran hatinya, maka ia mendapati
bahawa ubat-ubat yang dipakai pada zaman itu tidak sesuai dan kadang-kadang sangat mengecewakan perasaannya yang dipandangnya
bukan untuk menyembuh, malahan ubat-ubat itu mungkin menambahkan penyakit dan bahaya pula. Ia akhirnya berhenti sendiri daripada
menjadi doktor perubatan.
Beliau bersedia menerima sebarang yang berupa kesarjanaan
atau keilmuan sains asal saja dapat dibuktikan kebenaran. Cita-citanya kepada kesarjanaan perubatan sangat kuat, tetapi cintanya
kepada kebenaran adalah melebihi. Ia adalah seorang yang dipandang tinggi oleh rakan-rakan ahli perubatannya yang mengenalinya
sebagai seorang doktor yang mahir. Dalam sesetengah siaran yang dibuat oleh rakannya mengatakan bahawa Hahnemann berhenti
menjadi ahli perubatan kerana telah jemu dan bosan dengan aturan dan cara-cara perubatan zaman itu. Ia meninggalkan kerja
perubatannya itu kerana hendak mencari suatu cara perubatan yang lebih sesuai
dan baik. Oleh kerana sikapnya yang demikian itulah, maka ia telah menderita kesusahan rumahtangga.
Ia telah berjaya membuat penyiasatan dalam ilmu kimia
(Chemistry) dan terjemahannya banyak berkenaan ilmu kesarjanaan. Dari hasil menterjemah
buku-buku daripada bahasa Perancis, Inggeris dan Itali itulah menjadi mata pencariannya. Dalam pada itu tidaklah putus-putusnya
ia melangsungkan penyiasatannya dalam bidang kimia itu. Pada tahun 1790, masa ia menterjemahkan kitab Materia Medica Cullen
dalam volume kedua, kira-kira 20 muka, satu majalah berkenaan dengan kulit peruvian iaitu kulit yang didapati di dalamnya
terdapat ubat kuinin (Quinin) yang di bawa dari negara Peru, America Latin, disinilah fikiran dan perhatiannya
dapat menangkap perihal undang-undang seraksi atau similimum itu. Ia terperanjat besar dapat menyaksikan bagaimana serupa
dan seraksinya di antara semboyan yang dibuat oleh kuinin dengan demam kura (malaria) dan dapat menyembuhkannya.
Terserempak dengan hal ini dirasakan betul-betul
diberi satu ilham bahawa undang-undang seraksi itu sama dengan undang-undang alam yang tetap dan dapat dipakai seperti undang-undang
tabi’i lain juga. Lalu ia pun mula mencuba bagi menyiasat kerja-kerja dan khasiat-khsiat sesuatu ubat itu (proving)
kepada dirinya dahulu, kemudian kepada rakan-rakannya dan pengikut-pengikutnya yang sasa dan sihat. Ia merekod dan mengumpulkan
semua semboyan-semboyan yang betul didapati daripada cubaan-cubaan itu. Kemudian dicubakannya pula kepada orang-orang yang
betul-betul sakit dengan memilihkan penawar yang serupa atau seraksi dengan semboyan pesakit tadi.
Setelah enam tahun lamanya Hahnemann meneruskan penyiasatannya
sehingga ia yakin betul dengan kejayaannya, barulah diistiharkan pendapatnya itu kepada umum. Sebenarnya bukanlah selama ini
ia mencuba-cuba lagi, tetapi ia telah memberikan penawar yang betul berdasarkan kepada kebenaran dan penyiasatan yang benar-benar
saintifik.
Pengistiharan yang dibuatnya pada tahun 1796 itu
di dalam sebuah jurnal perubatan yang terkenal semasanya, iaitu Hufeland’s Journal, telah mengkocakkan suasana alam
perubatan ketika itu yang membawa sahabat-sahabat setia dan juga musuh-musuh. Dalam tahun 1805 beliau mencetak buku Materia
Medica Homeopathy yang pertama di dalam bahasa Latin yang mengandungi 27 cubaan(provings) penawar Homeopathy, dan sekitar
tahun 1810 beliau mengeluarkan buku agungnya ‘Organon’ yang mengandungi ayat demi ayat yang lengkap tentang teori.
Homeopathy dan pendedahan tentang keburukkan cara
perubatan yang berleluasa di zamannya. Segala pencapaiannya itu telah membawanya kepada terlantiknya beliau sebagai ketua
pengajian Homeopathy di Universiti Leipzic dari tahun 1812 hingga 1821. Tetapi musuh-musuhnya tidak berhenti berusaha sehingga
ia terkeluar dari Leipzic pada tahun 1821 ke sebuah pekan yang sederhana bernama Kothen. Rupa-rupanya tuah menunggunya di
sana kerana selama 14 tahun yang berikut beliau telah menunjukkan keahlian sehingga mendapat pengakuan rakyat dan raja. Beliau
dijadikan doktor diraja di samping mermbuat praktis umum untuk masyarakat. Kemudian pada tahun 1828 beliau mencetak bukunya
yang terkenal bernama Chronic Miasm.
Kehidupan Hahnemann selepas itu adalah biasa sahaja.
Beliau meninggal dunia pada 2 Julai 1843 dalam usia 88 tahun. Beliau adalah seorang monotheist (percaya pada satu tuhan sahaja).
Hahnemann telah meninggal tetapi usahanya masih hidup memberikan khidmatnya kepada kemanusiaan. Kini Homeopathy telah wujud
di Germany, Perancis, Australia, Rusia, Itali, England, Amerika, Brazil, India, Pakistan, Sri Lanka, Malaysia dan lain-lain
bahagian dunia yang tidak kita ketahui.
Hanya kira-kira tiga bulan sebelum beliau menyambut hari jadinya yang ke 80, Dr. Hahnemann telah dipilih sebagai
“Honorary Member of the North American
Academy of Homoeopathy” berpusat di Allentown, Pennsylvania. Ia merupakan kolej Homoeopathy yang pertama didirikan di Amerika Syarikat oleh Dr. Constantine Hering,
iaitu salah seorang daripada sahabatnya yang sama-sama berjuang menegakkan sistem perubatan Homeopathy.
Kejayaan rawatan
beliau yang ditambah dengan dorongan
dan promosi daripada isterinya sendiri menyebabkan amalan Homeopathy nya terkenal sekali sampai ke England, Peranchis,
Eropah dan ke seluruh dunia. Sementara penentangan daripada kalangan doktor allopati menurun dengan mendadak pada awal 1840an. Beliau meninggal dunia pada 2 Julai 1843 dalam usia 88 tahun. Beliau adalah seorang monotheist (percaya
pada satu tuhan sahaja). Hahnemann telah meninggal tetapi usahanya masih hidup memberikan khidmatnya kepada kemanusiaan. Beliau
pergi setelah bergelut dengan pelbagai tragedi dalam memperjuangkan perubahan dan mengembangkan sistem perubatan homeopathy.
Kini Homeopathy telah wujud di Germany, Perancis,
Australia, Rusia, Itali, England, Amerika, Brazil, India, Pakistan, Sri Lanka, Malaysia dan lain-lain bahagian dunia yang
tidak kita ketahui.