Make your own free website on Tripod.com

zr.jpg

Laman Utama
Rawatan Homeopathy
Pengenalan Homeopathy
Bukti Penyembuhan
Penyakit & Homeopathy
Mengenali Ubat Homeopathy
Pengasas Perubatan Homeopathy
Pengasas Perubatan Homeopathy Di Malaysia
Kesan Ubat Dadah & Bahan Kimia
Homeopathy & Kerohanian

 

Bukti Penyembuhan Dengan Rawatan Homeopathy 

 

Walaupun sistem perubatan Homeopathy terus bertahan lebih 250 tahun, malah semakin berkembang dibeberapa buah negara. Ia pada umumnya dicemuh oleh pengamal perubatan cara ortodoks kerana mereka tidak nampak bagaimana perubatan Homeopathy boleh menyembuhkan penyakit.

 

Satu penyelidikan oleh seorang saintis di Perancis baru-baru ini bagaimanapun mungkin dapat mengubah pandangan pengamal perubatan cara ortodoks terhadap perubatan homeopathy. Penyelidikan oleh Prof Jacques Benveniste dari Institut Penyelidikan Perubatan Perancis itu bukannya dilakukan bagi pihak Homeopathy  tetapi hasilnya, yang dicontohi oleh saintis lain, mungkin dapat mempengaruhi mereka yang tidak yakin terhadap Homeopathy untuk lebih memandang tinggi sistem perubatan alternatif itu.

 

Pengarang jurnal sains yang terkemuka Nature menganggap usaha Prof Benveniste itu sebagai penting untuk dimuatkan dalam jurnal itu walaupun ia dilaporkan dengan berhati-hati kerana mereka tidak dapat mencari alasan saintifik tentang hasil penyelidikan itu. Pengarang itu sendiri menyatakan untuk menerima prinsip itu yang nampaknya terletak diperingkat akhir penyelidikan,akan "mengubahkan permerhatian dan rasional fenomena fizikal selama dua abad." Dengan perkataan lain, peratuaran saintifik sekarang perlu dipinda.

 

Prof Benveniste menjalankan penyelidikan mengenai manusia dengan membuat ujikaji kesan beberapa antibodi atas sel darah putih manusia.Apabila digerakkan oleh alergen, sel itu akan menghasilkan sejenis bahan kimia dinamakan "histamines" yang menyebabkan rasa tidak selesa secara fizikal kepada  seseorang penghidap rinitis alergik (hay fever) atau asma. Bagi menentukan  banyak mana antibodi yang digunakan dalam penyelidikan itu boleh menyebabkan reksi itu. Prof  Beveniste memulakan proses pencairan yang didapati menghasil keputusan yang yang sangat memuaskan. Beliau mendapati walaupun pencairan yang sedikit ( sepertimana cairan ubat homeopathy)    ia tetap menyebabkan sel darah putih menghasilkan 'histamines'. 

 

Seseorang yang tahu prinsip Homeopathy tidak akan merasa hairan dengan penemuan ini kerana biasa begini adalah biasa bagi mereka. Pada awal tahun 1800 Dr. Samuel Hahnemann dari Germany telah membuktikan bahawa ubat-ubat yang dihasilkan dari dos-dos yang kecil dan halus itu mampu menyembuhkan penyakit-penyakit yang diderita manusia mengikut apa yang belaiu namakan sebagai undang-undang keserasian atau similar similibus curentur.

 

Seorang pakar Homeopathy antarabangsa telah membuktikan kejayaan-kejayaan penyembuhan pada ubat-ubat Homeopathy ialah kerana 'kuasa dinamis' yang halus yang ada pada ubat-ubatan Homeopathy bertindak lebih berkesan dari mana-mana ubat yang dihasilkan secara pati atau 'crude form'. Prof Dr Jugal Kishore, seorang doktor peribadi kepada Presiden India, telah menyatakan bahawa ubat-ubat Homeopathy yang dilarutkan pada kadar 1: 99 bahagian air sulin dapat mengerakkan tenaga hayat manusia untuk memberi penyembuhan.

 

Pada tahun 1980 pembuktian tindak balas ubat Homeopathy dengan dos yang kecil merangsang dayatahan pesakit kearah penyembuhan telah dibuktikan pula oleh Dr Mary Blackie, seorang doktor peribadi kepada Ratu England Queen Elizabeth, dimana beliau menyatakan pembuktian unggul Homeopathy adalah 'pemyembuhan' yang dapat diceritakan sendiri oleh pesakit-pesakit kepada anda.

 

Dr Geoge Vithoulkas dari Amerika Syarikat pula telah membuktikan secara saintifik bahawa kuasa penyembuh ubat-ubat Homeopathy terletak kepada keunikan yang ada pada ubat-ubat Homeopathy yang dihasilkan mengikut teori atom dimana semakin halus sesuatu sifat ubat itu, semakin bertenaga satu-satu ubat itu digunakan terhadap manusia.

Antara Senarai Orang-Orang Ternama Menggunakan Ubat-Ubat Homeopathy

King George, Queen Victoria, Ratu England, Queen Elizabeth 11,  Prince Charles , Mahathma Gandhi, Tina Turner, Sir Yehudi Menuhin, Dizzy Gillespie, Elizabeth Taylor, Count Badetzky,  Bismark, Presiden Ayub Khan, Barbara Cartland,  Mark Twin, Susan Hampshire, Princess Diana, Robbie William dan ramai lagi...

ZR Homeopathy

ZR Webmasterİ2010