zr.jpg

Laman Utama
Rawatan Homeopathy
Pengenalan Homeopathy
Bukti Penyembuhan
Penyakit & Homeopathy
Mengenali Ubat Homeopathy
Pengasas Perubatan Homeopathy
Pengasas Perubatan Homeopathy Di Malaysia
Kesan Ubat Dadah & Bahan Kimia
Homeopathy & Kerohanian

 

Sejak zaman Greek kuno, Hippocrate iaitu bapa Perubatan Moden, prinsip Homeopathy telah digunakan oleh Dr. Samuel Hahnemann (1755 – 1843) warga Jerman meneruskan idea dan falsafah Hippocrate sehingga beliau mencetuskan falsafah perubatan Homeopathy, iaitu SIMILIA SIMILIBUS CURRENTUR. Keluarga Diraja England misalnya mengamalkan seni perubatan ini sejak zaman Permaisuri Victoria lagi.

 

Adalah diakui sistem Perubatan Homeopathy satu-satunya sistem perubatan yang telah mendapat tempat dari dahulu sehingga sekarang. Keadaan begini terjadi disebabkan oleh undang-undang yang ada menyangkal lain-lain sistem perubatan selain daripada sistem perubatan secara Allopathy.

 

(Undang-undang ini tertakluk dalam senarai undang-undang (Pharmacy medicines ACT1941) di mana seseorang itu tidak boleh membuat pengakuan samaada melalui lisan atau tulisan terutama penyakit buah pinggang (Bright’s diseas), bular mata (Cataract), kencing manis (Diabetes), gila babi (Epilepsy), mata bular hijau (Glucoma), penyakit uratsaraf (Locomotor Ataxia), lumpuh (Paralysis) atau batuk kering (Tuberculosis). Oleh itu seseorang itu tidak boleh mengadakan rawatan tertentu dalam merawat penyakit-penyakit ini). 

 

Perubatan Homeopathy menjadi salah satu kaedah rawatan yang semakin menjadi pilihan, terutama selepas pesakit gagal menyembuhkan penyakit mereka melalui kaedah perubatan biasa. Bagaimana pun, masih ramai yang tidak tahu atau kurang faham apa sebenarnya kaedah perubatan Homeopathy dan bagaimana ia berbeza dengan kaedah perubatan biasa. Perbezaan utama Homeopathy dengan perubatan biasa ialah Homeopathy tidak menggunakan dadah dalam semua jenis ubat-ubatannya, sebaliknya hanya menggunakan bahan semulajadi berasaskan herba dan tumbuh-tumbuhan. Disebabkan bahan untuk membuat ubat Homeopathy adalah berasaskan herba, ubat Homeopathy tidak mempunyai kesan sampingan kepada pesakitnya.

 

Perubatan Homeopathy lebih mementingkan diri pesakit dari jenis penyakit itu sendiri. Paling utama adalah jiwa pesakit itu sendiri iaitu Kuasa Hayat (Vital Force). Waktu sihat ‘Kuasa Hayat’ dapat memerintah perjalanan tubuh dengan baik. Sebaliknya apabila sebarang gangguan berlaku terhadap ‘Kuasa Hayat’ seseorang, ini akan merosakkan keharmonian fungsi-fungsi organ-organ tubuh dan menonjolkan pula semboyan-semboyan tertentu pada diri seseorang. Pada peringkat awal ketidak berfungsinya organ tubuh berlaku kemudian baru ketara datang perubahan di tubuh kasar. Gangguan di ‘Kuasa Hayat’ ini berlaku biasanya disebabkan oleh tekanan bekerja berat atau kuat, terperanjat atau hasil dari penyakit keturunan yang timbul melalui susunan tubuh. Oleh itu dalam merawat seseorang pesakit, jiwa dan semangatnya menjadi perhatian utama mesti dirawat dengan menggunakan kaedah seraksi (ubat serupa dengan penyakit) kerana secara tepat tidak terdapat kesamaan diantara seseorang dengan seseorang yang lain.

 

Kita dapat saksikan bahawa tiap-tiap orang dilahirkan dengan bentuk, peribadi, perangai yang tersendiri. Oleh kerana adanya perbezaan tertentu antara seseorang dengan yang lain, menjadikan perlu pula pendekatan-pendekatan yang berbeza untuk merawat setiap pesakit. Ini bererti tidaklah sama cara merawat dua orang yang mengidap sakit yang sama, lebih-lebih lagi jika sakitnya pula berbeza.

 

Perubatan Homeopathy terus maju di Jerman pada tahun 1807 dan berkembang luas hingga ke Austria (1835), Hungary (1817), Bohemia (1817), South Amerika (1818), Denmark (1821), Italy (1821), USA (1823), Great Britain (1823), Sweden (1826), China (1826), Spain (1827), Peranchis (1829), Jepun (1830), India (1835), Afrika (1838), Ceylon (1838), Cuba (1842), Canada (1850), Australia (1850), Belgium (1851), Jamaica (1870), Mexico (1883), Rusia (1823). Masyarakat di Malaysia  dan Singapura mula mengenali Homeopathy sejak tahun 1938 yang diperkenalkan oleh Prof. Dr. Burhanuddin Helmy.

 

Oleh kerana Perubatan Homeopathy telah bertapak lebih 250 tahun yang lalu berlandaskan falsafah yang kukuh dan terbukti, hari ini Perubatan Homeopathy terus berkembang keseluruh dunia......   

03_hospitalier_visuel1.jpg
ROYAL LONDON HOMEOPATHIC HOSPITAL

Di dalam Homeopathy, mereka tidak merawat penyakit, tetapi pesakitnya. Konsep sakit dalam Homeopathy adalah kerana kuasa hayat seseorang itu telah terganggu. Akibat gangguan itu, maka akan zahir pelbagai simptom sama ada mental, emosi ataupun tubuh fizikal.Sakit perut seseorang itu dianggap hanya sebagai satu simptom. Justeru, proses pengambilan kes bukan sahaja akan melihat masalah sakit perut pesakit tersebut, tetapi juga apa-apa gangguan yang berkaitan dengan mental, emosi, modaliti dan keseluruhan pesakit.

 

Berasaskan penerangan ringkas ini kita sudah dapat membezakan mana satu sistem yang dikatakan mengamalkan rawatan holistik. Rawatan holistik memberi tumpuan lebih kepada pesakit berbanding penyakitnya.Terdapat beberapa kelebihan apabila rawatan dilakukan dengan cara ini.

 

Pertama, pesakit akan merasa ia dilayan sebagai insan dan bukan sebagai manusia berpenyakit atau pembawa penyakit.

 

Kedua, masalah lain yang mungkin tersembunyi daripada pengetahuan pengamalnya akan turut sembuh sekiranya penawar yang diberikan itu memenuhi syarat “similimum” simptom penawar pesakit.

 

Ketiga, kes-kes yang tidak dapat didiagnos secara klinikal juga memungkinkan rawatan diberi. 

 

Homeopathy menyembuhkan penyakit, mengembalikan dan memulihkan sakit seseorang itu kepada kesihatan dengan cepat. Kematian dengan memakai penawar-penawar Homeopathy itu sangat kurang bila dibandingkan dengan cara perubatan yang lain. Hal ini nyata dan dibuktikan oleh jadual perangkaan yang didapati di dispensary, klinik, dan hospital-hospital khas Homeopathy di Eropah dan Amerika dibandingkan dengan cara yang lain-lain perubatan. 

 

Pada masa yang akhir ini telah ternyata di Amerika bahawa orang sakit otak dan gila telah bertambah-tambah lebih banyak masuk ke hospital Homeopathy yang diubat oleh doktor Homeopathy. Daftar dan rekod kebenaran ini boleh dilihat di Eropah, Amerika, India dan Pakistan. Oleh kerana kesembuhannya yang pantas dan tetap yang dibuktikan di tempat-tempat perubatan dan hospital Homeopathy, orang ramai telah beransur kurang pergi kepada perubatan otak yang lain daripada perubatan Homeopathy. 

ZR Homeopathy

ZR Webmasterİ2010