zr.jpg

Laman Utama
Rawatan Homeopathy
Pengenalan Homeopathy
Bukti Penyembuhan
Penyakit & Homeopathy
Mengenali Ubat Homeopathy
Pengasas Perubatan Homeopathy
Pengasas Perubatan Homeopathy Di Malaysia
Kesan Ubat Dadah & Bahan Kimia
Homeopathy & Kerohanian

sam.jpg

 

Sejarah Pengasas Perubatan Homeopathy

Dr.Samuel Hahnemann  ( 1755 – 1843 )


 

Nama penuh pengasas perubatan Homeopathy ialah Cristian Hedrich Samuel Hahnemann, diperanakkan di Missen Saxony, Germany pada 10 April, 1755 dan meninggal di Paris pada 2 Julai 1843. Hahnemann mempunyai peribadi yang luar biasa, tinggi pengetahuan dan luas pengalamannya. Masa berumur 22 tahun ia telah mahir dalam bahasa Greek, Latin, Inggeris, Hebrew, Seriani, Arab, Danish dan German, iaitu bahasa ibundanya.

 

Khabarnya bila ia hendak mengetahui satu-satu bahasa itu ia terus sahaja mempelajarinya dengan teratur dan bersungguh-sungguh, lalu ia mendapatinya. Ia adalah seorang doktor yang mahsyur pada zamannya, serta pula lurus dan jujur hingga ada orang yang berubat dengannya diberinya nasihat-nasihat sahaja tanpa dikenakan bayaran. Kerana tinggi ilmunya di dalam perubatan pada zaman itu, serta pula kejujuran hatinya, maka ia mendapati bahawa ubat-ubat yang dipakai pada zaman itu tidak sesuai dan kadang-kadang sangat mengecewakan perasaannya yang dipandangnya bukan untuk menyembuh, malahan ubat-ubat itu mungkin menambahkan penyakit dan bahaya pula. Ia akhirnya berhenti sendiri daripada menjadi doktor perubatan.

 

Beliau bersedia menerima sebarang yang berupa kesarjanaan atau keilmuan sains asal saja dapat dibuktikan kebenaran. Cita-citanya kepada kesarjanaan perubatan sangat kuat, tetapi cintanya kepada kebenaran adalah melebihi. Ia adalah seorang yang dipandang tinggi oleh rakan-rakan ahli perubatannya yang mengenalinya sebagai seorang doktor yang mahir. Dalam sesetengah siaran yang dibuat oleh rakannya mengatakan bahawa Hahnemann berhenti menjadi ahli perubatan kerana telah jemu dan bosan dengan aturan dan cara-cara perubatan zaman itu. Ia meninggalkan kerja perubatannya itu  kerana hendak mencari suatu cara perubatan yang lebih sesuai dan baik. Oleh kerana sikapnya yang demikian itulah, maka ia telah menderita kesusahan rumahtangga.

 

Ia telah berjaya membuat penyiasatan dalam ilmu kimia (Chemistry) dan  terjemahannya banyak berkenaan ilmu kesarjanaan. Dari hasil menterjemah buku-buku daripada bahasa Perancis, Inggeris dan Itali itulah menjadi mata pencariannya. Dalam pada itu tidaklah putus-putusnya ia melangsungkan penyiasatannya dalam bidang kimia itu. Pada tahun 1790, masa ia menterjemahkan kitab Materia Medica Cullen dalam volume kedua, kira-kira 20 muka, satu majalah berkenaan dengan kulit peruvian iaitu kulit yang didapati di dalamnya terdapat ubat kuinin (Quinin) yang di bawa dari negara Peru, America Latin, disinilah fikiran dan perhatiannya dapat menangkap perihal undang-undang seraksi atau similimum itu. Ia terperanjat besar dapat menyaksikan bagaimana serupa dan seraksinya di antara semboyan yang dibuat oleh kuinin dengan demam kura (malaria) dan dapat menyembuhkannya.

 

Terserempak dengan hal ini dirasakan betul-betul diberi satu ilham bahawa undang-undang seraksi itu sama dengan undang-undang alam yang tetap dan dapat dipakai seperti undang-undang tabi’i lain juga. Lalu ia pun mula mencuba bagi menyiasat kerja-kerja dan khasiat-khsiat sesuatu ubat itu (proving) kepada dirinya dahulu, kemudian kepada rakan-rakannya dan pengikut-pengikutnya yang sasa dan sihat. Ia merekod dan mengumpulkan semua semboyan-semboyan yang betul didapati daripada cubaan-cubaan itu. Kemudian dicubakannya pula kepada orang-orang yang betul-betul sakit dengan memilihkan penawar yang serupa atau seraksi dengan semboyan pesakit tadi.

 

Setelah enam tahun lamanya Hahnemann meneruskan penyiasatannya sehingga ia yakin betul dengan kejayaannya, barulah diistiharkan pendapatnya itu kepada umum. Sebenarnya bukanlah selama ini ia mencuba-cuba lagi, tetapi ia telah memberikan penawar yang betul berdasarkan kepada kebenaran dan penyiasatan yang benar-benar saintifik.

 

Pengistiharan yang dibuatnya pada tahun 1796 itu di dalam sebuah jurnal perubatan yang terkenal semasanya, iaitu Hufeland’s Journal, telah mengkocakkan suasana alam perubatan ketika itu yang membawa sahabat-sahabat setia dan juga musuh-musuh. Dalam tahun 1805 beliau mencetak buku Materia Medica Homeopathy yang pertama di dalam bahasa Latin yang mengandungi 27 cubaan(provings) penawar Homeopathy, dan sekitar tahun 1810 beliau mengeluarkan buku agungnya ‘Organon’ yang mengandungi ayat demi ayat yang lengkap tentang teori.

 

Homeopathy dan pendedahan tentang keburukkan cara perubatan yang berleluasa di zamannya. Segala pencapaiannya itu telah membawanya kepada terlantiknya beliau sebagai ketua pengajian Homeopathy di Universiti Leipzic dari tahun 1812 hingga 1821. Tetapi musuh-musuhnya tidak berhenti berusaha sehingga ia terkeluar dari Leipzic pada tahun 1821 ke sebuah pekan yang sederhana bernama Kothen. Rupa-rupanya tuah menunggunya di sana kerana selama 14 tahun yang berikut beliau telah menunjukkan keahlian sehingga mendapat pengakuan rakyat dan raja. Beliau dijadikan doktor diraja di samping mermbuat praktis umum untuk masyarakat. Kemudian pada tahun 1828 beliau mencetak bukunya yang terkenal bernama Chronic Miasm.

 

Kehidupan Hahnemann selepas itu adalah biasa sahaja. Beliau meninggal dunia pada 2 Julai 1843 dalam usia 88 tahun. Beliau adalah seorang monotheist (percaya pada satu tuhan sahaja). Hahnemann telah meninggal tetapi usahanya masih hidup memberikan khidmatnya kepada kemanusiaan. Kini Homeopathy telah wujud di Germany, Perancis, Australia, Rusia, Itali, England, Amerika, Brazil, India, Pakistan, Sri Lanka, Malaysia dan lain-lain bahagian dunia yang tidak kita ketahui.

 

Hanya  kira-kira  tiga bulan sebelum  beliau  menyambut hari jadinya yang ke 80, Dr. Hahnemann telah dipilih  sebagai “Honorary  Member of the North American Academy of  Homoeopathy” berpusat di Allentown, Pennsylvania.  Ia merupakan kolej Homoeopathy  yang pertama didirikan di Amerika  Syarikat  oleh Dr. Constantine Hering, iaitu salah seorang daripada sahabatnya yang sama-sama berjuang menegakkan sistem perubatan Homeopathy. 

Kejayaan  rawatan beliau yang ditambah  dengan  dorongan dan  promosi  daripada isterinya sendiri  menyebabkan  amalan Homeopathy nya  terkenal sekali sampai ke England,  Peranchis, Eropah dan ke seluruh dunia.  Sementara penentangan  daripada kalangan  doktor allopati menurun dengan mendadak  pada  awal 1840an.   Beliau meninggal dunia pada 2 Julai 1843 dalam usia 88 tahun. Beliau adalah seorang monotheist (percaya pada satu tuhan sahaja). Hahnemann telah meninggal tetapi usahanya masih hidup memberikan khidmatnya kepada kemanusiaan. Beliau pergi setelah  bergelut dengan pelbagai tragedi dalam memperjuangkan  perubahan  dan mengembangkan sistem perubatan homeopathy.  

Kini Homeopathy telah wujud di Germany, Perancis, Australia, Rusia, Itali, England, Amerika, Brazil, India, Pakistan, Sri Lanka, Malaysia dan lain-lain bahagian dunia yang tidak kita ketahui.

ZR Homeopathy

ZR Webmasterİ2010