zr.jpg

Laman Utama
Rawatan Homeopathy
Pengenalan Homeopathy
Bukti Penyembuhan
Penyakit & Homeopathy
Mengenali Ubat Homeopathy
Pengasas Perubatan Homeopathy
Pengasas Perubatan Homeopathy Di Malaysia
Kesan Ubat Dadah & Bahan Kimia
Homeopathy & Kerohanian

 

Homeopathy Dalam Kaedah Rawatan Masaalah Jiwa & Rohani

Oleh Dr.(H) Zaini Ramli Phom APHom MDHom BHMS(MAhM/USU) 

 

Sabda junjungan kita berkenaan kerja dan kuasa kalbu kita adalah sangat tepat dengan pendapat ahli ilmu dan kesarjanaan zaman ini. Satu nizam berkenaan isi diri insan yang berbunyi ertinya: “Engkau sangka dirimu itu suatu jisim yang kecil, tetapi dalam diri engkau itu tergulung alam yang besar”. Kata-kata yang sangat luas ertinya ini telah dterangkan dengan luas pula oleh ahli sufi

 

Bila kita berkata tentang tenaga hidup atau kuasa hayat, maka yang dimaksudkan oleh doktor-doktor Homeopathy itu ialah aliran atau pancaindera diri batin yang di dalam dari trimutri yang dinamakan nyawa atau roh itu yang mengarahkan atau memerintah kuasanya kepada lapisan akal dan bahagian rasa sedar. Maka dengan perintahnya itu timbullah rasa dan alamat-alamat pada pancaindera yang disebutkan semboyan-semboyan itu.

 

Tegasnya semboyan-semboyan itulah suara daripada batin diri yang dikirimkan keluar menerangkan sakitnya kebahagian diri hawasnya yang dirasakan oleh tubuh kasar. Maka disini tidaklah dinafikan bahawa disana ada wujudnya perhubungan di antara bahagian diri dari lapisan-lapisan yang kita sebutkan trimutri itu.

 

Orang sihat itu ialah orang yang tidak ada apa-apa semboyan yang merunsingkan atau menganggu di dalam dan di luar tubuh badan diri seseorang itu. Menurut pertimbangannya yang berkeadaan waras pada waktu itu maka perasaannya pun sukacita dan perangainya baik. Tetapi bila seseorang sakit, maka timbullah perubahan yang merunsingkan dirinya, sama ada yang merunsingkan dan yang menyusahkan itu ada dirasanya pada sebelah dalam tubuhnya atau diluar tubuhnya. Maka dengan sakit seseorang itu bolah merubah keadaan dan laku perangainya, iaitu masa sihatnya anggotanya dipandang cantik, tutur katanya teratur dan lemah lembut, tegur sapanya ramah tamah, tetapi bila ia sakit jadilah kebalikan dari apa yang disebutkan itu, iaitu rupanya kelihatan sugul, pemarah, bencikan orang atau lain-lain perangai yang diagakkan tidak patut dan bertentangan dengan halnya yang biasa.

 

Bila di periksa perjalanan hayatnya daripada keadaan urat saraf, pencernaan, nadi, aliran darah dan pukulan jantung, nafsu dan tidurnya didapati berubah daripada yang biasa. Perubahan-perubahan tersebut bukanlah merupakan perubahan pada satu-satu bahagian tertentu sahaja, tetapi mengenai dan berkait mengait dengan seluruh trimutrinya juga. Tegasnya kerana perubahan yang berlaku pada diri yang mendiami sangkar tubuh seseorang itu, maka perubahan itu juga melarat dan mengembang hingga kepada dua bahagian tubuhnya, iaitu bahagian akal, otak dan tubuh jasmaninya.

 

Bila jiwa atau diri batin seseorang itu berubah, maka perangai dan tubuh seseorang itu mulalah turut berubah pula. Tetapi sebaliknya jika sesuatu berlaku di luar tubuh jasmani seseorang, maka tidaklah dengan mudahnya boleh mempengaruhi dan mengubah atau menukar diri batin seseorang itu. Bila sesuatu perkara berlaku di luar tubuh, terutama perkara-perkara yang tidak begitu besar seperti luka-luka atau kuman biasa, tidaklah memberi kesan yang merbahaya, jika diri batin yang menunggu dalam tubuh seseorang itu sihat dan kuat. Luka-luka kecil akan disembuhkan sendiri sahaja dan kuman akan ditolak dan dibunuh kuasa hayat mempertahankan diri batin itu.

 

Tetapi jika sesuatu barang yang kecil dan halus sekali pun, yang diagak tidak menjadikan apa-apa hal, berlawan dengan kehendak kuasa hayat atau diri batin itu nescaya akan menimbulkan akibat yang besar dan memeranjatkan. Inilah aturan tabi’i yang telah menjalan undang-undang alam dalam bahagian masing-masing yang telah ditetapkan oleh Tuhan. Di dalam Islam ada diterangkan dengan jelasnya daripada hadith Rasulullah S.A.W berkenaan taun dan penyakit yang berjangkit.

 

Tegasnya, Islam tidak percaya kepada iktiqad berjangkitan sebagaimana yang dipercayai oleh sesetengah orang itu. Di sini ternyata bahawa diri batin itu tidak dapat dengan mudah dipengaruhi atau dikuasai, kerana yang memegang kuasa itu ialah diri batin seseorang itu yang sentiasa bekerja dan memerintah kedua-dua bahagian diri atau bahagian akal dan bahagian jasadnya. Kerana itulah kita dapati, misalnya masa hawar mengamuk ada orang yang kena jangkit dan orang yang tidak kena. Ini semua bergantung kepada kekuatan diri batin itu mempertahankan serangan-serangan dari luar, atau pun bergantung kepada penerima rasa(susceptibility) seseorang itu pada menolak atau menerima bahaya yang menyerangnya.

 

Bagaimana pun kuasa yang tertinggi ialah kuasa roh atau semangat, kemudian barulah kuasa otak atau jasad. Jika semangat itu tidak waras atau tidak betul perjalanannya, maka teruslah melarat pula pada bahagian otak dan tubuh, kerana diri batin itulah yang dahulu sakit, barulah otak dan jasadnya sakit. Maka yang betul dan sesuai cara mengubatinya ialah dengan memberikan penawar yang seraksi dengan diri batin itu. Lebih tegas lagi diri batin itulah yang mesti diubati dan disembuhkan lebih dahulu, kerana pangkalan penyakit itu terletak pada diri batin, ibarat akar yang telah diselimuti dengan suburnya oleh daun-daun, ranting dan dahan sehingga tidak kelihatan lagi akarnya.

 

Bagaimana pun dibuang daun-daun dan ranting-rantingnya yang nampak diluar pokok asal itu, namun lambat sangat pokok asal yang bertunjang kepada akar itu akan mengeluarkan daun-daun baru pula. Rupa dan tempat tumbuh daun-daun itu juga berubah sedang akar itu tetap hidup di situ juga. Demikianlah cara mengubat di luar tubuh itu, dan cara mengubat diri batin itu ialah dengan cara memotong akar tunjangnya itu sahaja. Bila betul dicangkul atau di potong dengan tidak memperdulikan betapa rendang dan suburnya pokok itu nescaya tidak lama lagi habislah layu daun dan batangnya lalu mati sendiri.

 

Pada zaman kebendaan atau material ini orang sakit mengunjungi seseorang lepas seseorang doktor, dari seorang pakar atau specialist kepada seorang specialist yang lain pula. Masing-masing telah menjalankan pemeriksaan dengan cermat ke atas pesakit dan telah banyak kedapatan ahli-ahli perubatan yang telah memeriksa itu berpendapat bahawa tiada didapati apa-apa penyakit padanya. Dalam masalah seperti ini tiada jelas kepada pesakit bahawa ia sebenarnya sedang sakit kerana para specialist telah menjelaskan tiada kedapatan apa-apa tanda penyakit mengikut kadar ilmunya, pada hal pesakit itu tidak dapat menafikan bahawa ia setiap masa dan hari merasakan sakitnya itu.

 

Dalam perkara seperti ini dapat memberikan ubat dengan jayanya, kerana doktor-doktor Homeopathy itu tahu bahawa yang sakit itu ialah diri orang itu, sebelum tubuh organ kasar itu menerima perubahan dan sebelum doktor dan ahli perubatan yang berpegang kepada ilmu pathology, etiology, histology dapat mengenal dan memberi nama-nama penyakit kepada orang yang datang meminta ubat itu.

Orang yang sakit seperti disebutkan di atas, banyak kita dapati di zaman kebendaan atau zaman kemajuan material ini. Jikalau penyakit berada pada organ tubuh atau urat saraf  barulah dikatakan penyakit.

 

Kesembuhan dengan perubatan Homeopathy itu berjalan dengan lemah lembut dan tidak dengan kasar dan terperanjat. Khasiatnya ubatnya berjalan beransur-ansur dengan tetap, hampir orang yang sakit tidak sedar bahawa ubat itu telah berjalan dan bekerja. Ketenangan kerja khasiatnya itu adalah seperti perjalanan air sungai yang dalam, kelihatan tiada begitu bergerak menuju muaranya, tetapi tetap selesai lalu keluar ke bahagian zahir, menimbulkan kesembuhan di dalam dan di luar.

 

Itulah kesembuhan yang sebaik-baiknya yang bergantung kepada berjalannya undang-undang dan peraturan-peraturan alam yang telah ditetapkan Tuhan tidak berubah-ubah pada masa yang lalu dan selama-lamanya. Undang-undang itu tidaklah lain daripada undang-undang seraksi. Yang mesti merasakan khasiat dan khasiat ubat itu keluar pula kepada anggota dalam, kepada urat saraf, lalu keluar ke kulit dan anggota yang zahir seperti kuku dan rambut.   

 

ZR Homeopathy

ZR Webmasterİ2010