Sejak zaman Greek kuno, Hippocrate iaitu bapa Perubatan Moden, prinsip Homeopathy
telah digunakan oleh Dr. Samuel Hahnemann (1755 – 1843) warga Jerman meneruskan idea dan falsafah Hippocrate sehingga
beliau mencetuskan falsafah perubatan Homeopathy, iaitu SIMILIA
SIMILIBUS CURRENTUR. Keluarga Diraja England misalnya mengamalkan seni perubatan ini sejak zaman Permaisuri
Victoria lagi.
Adalah diakui sistem Perubatan
Homeopathy satu-satunya sistem perubatan yang telah mendapat tempat dari dahulu sehingga sekarang. Keadaan begini terjadi
disebabkan oleh undang-undang yang ada menyangkal lain-lain sistem perubatan selain daripada sistem perubatan secara Allopathy.
(Undang-undang ini tertakluk dalam senarai undang-undang (Pharmacy
medicines ACT1941) di mana seseorang itu tidak boleh membuat pengakuan samaada melalui lisan atau tulisan terutama penyakit
buah pinggang (Bright’s diseas), bular mata (Cataract), kencing manis (Diabetes), gila babi (Epilepsy), mata bular hijau
(Glucoma), penyakit uratsaraf (Locomotor Ataxia), lumpuh (Paralysis) atau batuk kering (Tuberculosis). Oleh itu seseorang
itu tidak boleh mengadakan rawatan tertentu dalam merawat penyakit-penyakit ini).
Perubatan Homeopathy menjadi salah satu kaedah rawatan
yang semakin menjadi pilihan, terutama selepas pesakit gagal menyembuhkan penyakit mereka melalui kaedah perubatan biasa.
Bagaimana pun, masih ramai yang tidak tahu atau kurang faham apa sebenarnya kaedah perubatan Homeopathy dan bagaimana ia berbeza
dengan kaedah perubatan biasa. Perbezaan utama Homeopathy dengan perubatan biasa ialah Homeopathy tidak menggunakan dadah
dalam semua jenis ubat-ubatannya, sebaliknya hanya menggunakan bahan semulajadi berasaskan herba dan tumbuh-tumbuhan. Disebabkan
bahan untuk membuat ubat Homeopathy adalah berasaskan herba, ubat Homeopathy tidak mempunyai kesan sampingan kepada pesakitnya.
Perubatan
Homeopathy lebih mementingkan diri pesakit dari jenis penyakit itu sendiri. Paling utama adalah jiwa pesakit itu sendiri iaitu
Kuasa Hayat (Vital Force). Waktu sihat ‘Kuasa Hayat’ dapat memerintah perjalanan tubuh dengan baik. Sebaliknya
apabila sebarang gangguan berlaku terhadap ‘Kuasa Hayat’ seseorang, ini akan merosakkan keharmonian fungsi-fungsi
organ-organ tubuh dan menonjolkan pula semboyan-semboyan tertentu pada diri seseorang. Pada peringkat awal ketidak berfungsinya
organ tubuh berlaku kemudian baru ketara datang perubahan di tubuh kasar. Gangguan di ‘Kuasa Hayat’ ini berlaku
biasanya disebabkan oleh tekanan bekerja berat atau kuat, terperanjat atau hasil dari penyakit keturunan yang timbul melalui
susunan tubuh. Oleh itu dalam merawat seseorang pesakit, jiwa dan semangatnya menjadi perhatian utama mesti dirawat dengan
menggunakan kaedah seraksi (ubat serupa dengan penyakit) kerana secara tepat tidak terdapat kesamaan diantara seseorang dengan
seseorang yang lain.
Kita dapat saksikan bahawa tiap-tiap orang dilahirkan dengan bentuk, peribadi, perangai yang
tersendiri. Oleh kerana adanya perbezaan tertentu antara seseorang dengan yang lain, menjadikan perlu pula pendekatan-pendekatan
yang berbeza untuk merawat setiap pesakit. Ini bererti tidaklah sama cara merawat dua orang yang mengidap sakit yang sama,
lebih-lebih lagi jika sakitnya pula berbeza.
Perubatan Homeopathy terus maju di Jerman
pada tahun 1807 dan berkembang luas hingga ke Austria (1835), Hungary (1817), Bohemia (1817), South Amerika (1818), Denmark
(1821), Italy (1821), USA (1823), Great Britain (1823), Sweden (1826), China (1826), Spain (1827), Peranchis (1829), Jepun
(1830), India (1835), Afrika (1838), Ceylon (1838), Cuba (1842), Canada (1850), Australia (1850), Belgium (1851), Jamaica
(1870), Mexico (1883), Rusia (1823). Masyarakat di Malaysia dan Singapura mula
mengenali Homeopathy sejak tahun 1938 yang diperkenalkan oleh Prof. Dr. Burhanuddin Helmy.