zr.jpg

Laman Utama
Rawatan Homeopathy
Pengenalan Homeopathy
Bukti Penyembuhan
Penyakit & Homeopathy
Mengenali Ubat Homeopathy
Pengasas Perubatan Homeopathy
Pengasas Perubatan Homeopathy Di Malaysia
Kesan Ubat Dadah & Bahan Kimia
Homeopathy & Kerohanian

Perubatan Homeopathy

 

Info disediakan oleh Dr (H) Zaini Ramli

zrbanner.gif

Selamat Datang ke web Perubatan Homeopathy 

 

Menyediakan info mengenai perubatan Homeopathy yang menjadi salah satu kaedah rawatan yang semakin menjadi pilihan, terutama selepas pesakit gagal menyembuhkan penyakit mereka melalui kaedah perubatan biasa. Bagaimana pun, masih ramai yang tidak tahu atau kurang faham apa sebenarnya kaedah perubatan Homeopathy dan bagaimana ia berbeza dengan kaedah perubatan biasa. Perbezaan utama Homeopathy dengan perubatan biasa ialah Homeopathy tidak menggunakan dadah dalam semua jenis ubat-ubatannya, sebaliknya hanya menggunakan bahan ekstrak daripada tumbuhan semulajadi berasaskan Bio Teknologi yang telah teruji lebih 250 tahun yang lalu.. Perubatan Homeopathy diakui diseluruh dunia sungguh berkesan dalam proses pembongkaran penyakit seterusnya mempercepatkan proses penyembuhan secara semulajadi tanpa sampingan kepada pesakitnya.

 

Penawar Homeopathy digunakan untuk menguatkan ‘Tenaga Hayat’ (Vital Force) supaya dapat melawan penyakit. Dalam sistem perubatan Homeopathy, tumpuan diberi kepada pengembalian keseimbangan Vital Force dan mengembalikannya kepada  kekuatan  yang optimum. Homeopathy menjangkau jauh sehingga  kepada  alam rohaniah organisme di dalam rawatan sebarang keadaan sakit atau penyakit. Vital force, sebagaimana yang diistilahkan sebagai Bio-Energy merupakan kuasa hayat yang menjadi intipati kepada organisme hidup. Ia berkait rapat dengan keseluruhan insan, berhubungan dengan minda, jasad dan roh di samping  terdapatnya  kuasa penyembuhan dalaman tubuh.

 

Punca Penyakit Adalah – LEMAH DAYA KETAHANAN KUASA HAYAT (VITAL FORCE)

Disebabkan Oleh Dadah, Antibiotik, Kuman, Virus, Kulat, Bakteria, Perasa, Pewarna, Pengawet, Racun Serangga, Udara Kotor, Asap, Hormon, Air Berklorin, Makanan Segera Dan Bermacam-macam Lagi...... 

 

AKIBAT LEMAH DAYA KETAHANAN KUASA HAYAT (VITAL FORCE)

Segala Jenis Kanser, Bisa Seluruh Badan, Viral Diseaseases, Kencing Manis, Buah Pinggang, Herpes, Penyakit Jantung, Alzheimer’s, Darah Tinggi, Parkinson, Angin Ahmar, Sawan, Penyakit-Penyakit Kulit, Autism, Arthritis, Tuberculosis (TB), Semput, Campak, Migraine, Malaria, Demam Selsema, Batuk, Alergi, Bisa Perut, Infeksi Paru-Paru, Hepatitis, Resdung / Sinus, Gout, Bronchitis, Infeksi Usus dan banyak lagi….

 

Apa Saja Yang Dapat Menguatkan Sistem Ketahanan Akan Secara Langsung:

MENCEGAH & MERAWATI PENYAKIT

ZR Homeopathy

ZR Webmasterİ2010